Mlm tu dok baca....huhhuhuuhhu...jln cite dia mmg best....ayat dlm novel tu lak mmg samp trus laa kat hati....hehhehehe.....siap nangis-nangis baca buku ni.....hahahhaha....klaka laaa plk....sbb bila time jiwang tu ada....teruk jgk laa aku nih.....hahhahahaha...melampau....
Credit to http://alaf21fc.blogspot.com/2008/04/ulasan-novel-selagi-ada-dia-aisya-sofea.html
Novel SELAGI ADA DIA pada kali ini mengajak utk menerokai dan menjelajah perjalanan cinta seorang gadis yang bernama Arianni yang penuh dengan suka duka dan warna-warni. Pertemuan awal yang dipenuhi dengan pergaduhan dan rasa benci, akhirnya telah membibitkan rasa cinta di antara Arianni dengan Haris. Namun apakan daya, lelaki pertama yang dicintai sepenuh hati rupanya kekasih pujaan kakaknya, Malini . Sepanjang musim percintaan mereka, Arianni terpaksa makan hati dan menahan rasa dengan sikap Haris yang tidak mahu berterus-terang tentang hubungan mereka yang sebenarnya.
Percintaan yang disembunyikan itu akhirnya terbongkar juga menyebabkan Arianni menjadi mangsa kemarahan keluarganya, terutama sekali kakak dan ayahnya, Encik Malek . Dia dituduh sebagai orang ketiga dan perosak kebahagiaan orang lain. Lantaran kecewa akibat disisihkan oleh ahli keluarganya, ditambah lagi dengan sikap Haris yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka menyebabkan Arianni membawa diri ke London.
Selama tiga tahun membawa diri di rantauan, Arianni pulang juga ke tanah air bagi menjalankan tangungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga ayahnya yang sakit disamping untuk membetulkan kembali kesilapan yang lalu. Semasa penerbangan balik ke Malaysia, Arianni telah berkenalan dengan seorang duda kematian isteri bernama Idris. Bermulanya hubungan sebagai teman biasa, Arianni tidak menyangka bahawa cinta bertandang lagi buat kali keduanya dengan Idris.Perjalanan cinta buat kali kedua ini juga mengalami kesukaran kerana Arianni tidak pasti sama ada cintanya itu berbalas atau dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja lantaran kasih dan sayang lelaki itu masih tertumpah pada arwah isterinya Zulaikha yang mirip wajahnya dengan Arianni. Arianni tidak mahu dirinya dibayangi arwah Zulaikha. Dia mahu dirinya diterima dan disayangi oleh Idris kerana dia adalah Arianni dan bukannya Zulaikha.
Selain terpaksa bersaing dengan arwah Zulaikha, Arianni juga terpaksa berhadapan dengan hubungan mesra yang terjalin di antara kakaknya Malini dan Idris. Arianni tidak ingin kisah lama berulang kembali menyebabkan dia sukar untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan rasa kasih dan cintanya yang semakin mendalam kepada Idris atau terus melupakannya demi memberi laluan kepada kakaknya, Malini.Kehadiran semula Haris yang tidak pernah jemu untuk menagih cinta lama membuat hidup Arianni semakin kacau. Dirinya semakin tertekan dengan sikap bapanya yang sering marah-marah dan kadangkala tidak mengenali dirinya sebagai seorang anak yang pernah disayangi suatu ketika dahulu.
Yang pasti Novel ini mmg sampai trus ahh kat hati..perjalanan plot cerita...penggunaan ayat yang mmg kena....Bila aku baca mcm aku lak yang berada dalam situasi Novel ni...Mcm mana bila kita bawa diri kita dan hidup ditempat jauh dr keluarga dan negara tercinta. Kakak Ipar kita yg dianggap org luar antara org yg paling setia mendengar & sentiasa nk tolong kita....Mmg baik btol laa kakak ipar dia....Kakak dia yg plan & buat cite konon Mak dia nakk sgt jumpa dia....Lepas tu bila balik dr membawa diri, dpt khabar plk Ayah tdk sehat. huhuhuhuu...yang sedih Kakak kandung menganggap kita perampas kebahagiaan dia. Bkn nya dia tanya kita dulu apa yg terjadi kat bhgn kita....Yg angin nye lakkk Haris mcm ikutttt jee kehendak kakak dia.....Dh tau takde hati tp bg layanan pd kakak dia...sure laa kakak dia akn rasa Haris ada hati kat dia....nth pape punya laki....Memainkn perasaan lak....ceh wahhh skali skala kalo bg ulasann..hehheheh mengalahkan pengkritik.Anyway this novel is very good. Mmg berbaloi & tdk rugi if beli Novel dari penulis Aisya Sofea. I'm always waiting her next Novel. I hope she will success, healthy and always has an ideas to wrote something beautiful. Dh jadik pengikut since 1st novel, JAUH.
Ini antara bait-bait novel Selagi Ada Dia...From Novel Selagi Ada Dia:
"Aku sering membina angan. Membina istana indah. Dia sebagai raja dan aku sebagai ratu. Biarpun istana kami hanya sekadar pondok kecil, namun aku tahu.......dia akan sentiasa disisi dan mencintaiku selamanya."
2 comments:
ta... tunggu akunye novel lak... "Kau Jiwa Ku"
aku baru ada tajuk.. ahahaha...
Hahahhah.....Ceh wahh kan main lagi tajuk novel ko da... I'm still waiting ur next entry.
Post a Comment